Madu Gamat Tariq Sufi Baik untuk Pemakanan Tambahan

Pelbagai Faktor Mengganggu Kesihatan Tubuh Badan

Artikel ini adalah berkenaan pengambilan produk pemakanan tradisional seperti madu gamat dan bagaimana ia mampu memberikan kesan positif kepada tubuh badan.

Tanpa kita sedari, semakin hari kita  terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis faktor yang boleh memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor yang berbeza-beza, sama ada dari segi persekitaran,  pemakanan, mahupun gaya hidup kita sendiri. Sekiranya kita membiarkan diri kita berada di dalam persekitaran yang tidak baik, di samping kaedah pemakanan yang tidak dikawal dengan baik, dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, ia boleh menyebabkan kita sering dijangkiti penyakit. Selain itu, kita juga akan menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti seharian kerana pergerakan terbatas, sering kepenatan dan lain-lain.

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang permasalahan makanan, kesannya terhadap kesihatan kita, dan juga kaedah yang boleh dilakukan untuk memastikan diet kita berada pada tahap optimum bagi memastikan tubuh badan yang sentiasa sihat dengan tahap imunisasi badan yang tinggi.

Madu Gamat Tariq Sufi
Pengambilan Produk Tradisional seperti madu gamat dapat membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Isu Pemakanan Tidak Seimbang (Terkurang Mahupun Terlebih)

Masalah Pemakanan Tidak Seimbang

Pada masa kini, kita mempunyai pelbagai pemilihan makanan yang tidak terkira banyaknya. Di luar sana, terdapat jenis-jenis makanan seperti makanan tradisional (malahan terdapat produk semulajadi seperti madu gamat dan sebagainya) & makanan segera yang disediakan dengan pelbagai cara. Malah, ianya dibuat daripada pelbagai jenis bahan, sama ada bahan semulajadi mahupun sintetik. Sekiranya anda adalah seorang yang sangat peka dengan pengambilan makanan berkhasiat dan sering mengambil pemakanan seperti madu gamat, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun begitu, majoriti masyarakat di Malaysia sering mengambil makanan yang kurang sihat. Sebagai contoh, pengambilan gula yang tinggi dan juga pengambilan makanan yang mengandungi bahan-bahan sintetik seperti Ajinomoto dan sebagainya.

Kesan Pengambilan Pemakanan Tidak Seimbang Kepada Tubuh Badan

Berdasarkan kajian oleh ahli saintis dan pakar perubatan, manusia memerlukan gabungan pelbagai jenis zat yang berbeza untuk memastikan kesihatan tubuh badan berada pada tahap yang optimum. Namun begitu, harus kita ngat bahawa pengambilan makanan yang mempunyai zat ini masih perlu dikawal. Jika tidak, pengambilan berlebihan boleh juga menyebabkan “overdose” dan boleh memberikan kesan yang buruk kepada seseorang. Bergantung kepada tahap pengambilan berlebihan dan jenis zat tersebut, kesan masalah ini akan dapat dilihat sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Contohnya, pengambilan Vitamin C berlebihan dikatakan akan membuatkan seseorang cenderung untuk terkena sembelit. Selain daripada Vitamin C, banyak lagi jenis khasiat yang jika tidak diambil secara betuil, akan memberikan kesan terhadap keperluan khasiat tubuh badan. Ia akan menjadikan seseorang cenderung untuk terkena penyakit seperti masalah buah pinggang, diabetes dan sebagainya.

Kaedah Pengambilan Optimum

Video Berkaitan: Khasiat Gamat Kepada Tubuh Badan

Bagi memastikan supaya pengambilan makanan berkhasiat berada pada tahap optimum, anda perlulan terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan (dietitian) ataupun doktor. Hal ini kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, ada sesetengah orang yang mempunyai tahap metabolisme yang tinggi, dan ada pula yang mempunyai tahap metabolisme yang rendah.

Selepas mengenalpasti keperluan anda sendiri, anda bolehlah mengambil makanan-makanan tambahan yang boleh memberikan khasiat yang cukup bagi mengekalkan kesihatan. Sebagai contoh, pengambilan makanan tambahan tradisional seperti madu dan gamat juga boleh membantu memberikan zat yang mencukupi. Kini, terdapat ramai pengusaha produk pemakanan tambahan yang menfokuskan kepada produk yang dicipta daripada bahan semulajadi. Madu Gamat Tariq Sufi sebagai contoh, ada memasarkan produk campuran madu dan gamat. Produk sebegini dikatakan mampu memberikan faedah kepada pengamalnya untuk membendung dan juga merawat pelbagai penyakit, seperti darah tinggi, buasir, gastrik, dan lain-lain.

Adakah Anda Berminat Dengan Produk Madu Gamat?

Jika anda berminat untuk mencuba pemakanan tradisional seperti madu gamat ini, anda bolehlah melayari laman web Tariq Sufi di madugamat.com.